BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 5, 2009

Happy Birthday Aysar

04 Disember 2009

Hari ni merupakan ulangtahun anak mama, Aysar Awwab yang ke-3. mama belikan cheese cake ben 10 yg slalu dia dok cakap cakap tu... Sama plak ngan besday aree... Hepi besday kat aree jugak ye... Mama doakan agar dipanjangkan umur .. dimurahkan rezeki ... diberkati segala apa dipelajari.... ingat mama slalu.. belajar rajin-rajin... dan sume sume yg positif la... thn depan dh bleh register masuk tadika dh...


Friday, October 30, 2009

Public awareness sambungan

21 Okt 2009, Mutiara Kristal 9.00 malam

Malam tu mama dibawa oleh adik mama pi makan barbeque kambing kat mutiara kristal kg pelet, penang. kat sana.... lokasi tempat makan dia tersangat la jauh di ujung kampung ... tapi dah ramai sangat orang bercerita pasai kesedapan dan specialnye masakan kambing depa... mama pun pegi jugak...

22 Okt 2009 - MPSP Penang

Merupakan hari terakhir join kempen kesedaran awam anjuran MKN Penang. Ok sambutan agak baik kerana pelbagai agensi turut hadir ke kempen tu. Ada pegawai dari Bomba, Polis, JPS, Jab Kesihatan, Persatuan Bulan Sabit, Jab Kebajikan, dan jugak orang awam. Majlis berjalan lancar, sesi forum pun nampaknya ramai yang memberi maklumbalas positif...




Selesai je kempen tu, mama pun ditemani oleh pegawai dari JKM pi makan kat kedai bawal goreng kat kawasan peindustrian kat perai tu... makan nasi ngan bawal goreng panas ngan kari... fuhhh kesedapan hingga menjilat jari...


Pastu kami pun bertolak balik KL, on the way tu mesti la singgah cari jeruk penang... buat buah tangan orang kat umah....

Public awareness

19 - 21 Okt 2009, Seberang Jaya

Baru nak update ni. Minggu lepas mama kena gi bagi ceramah kat kempen kesedaran awam kat Seberang Perai anjuran MKN Penang. Kena join kempen tu dua hari 20-21 Okt. So mama pun ajak le kawan gft ni sorang temankan mama. mama drive ke penang. tak penah pulak drive ke utara tu sendiri... drive ke JB tu penah la dulu... Kami lepak kat Sunway Hotel memandangkan tu je hotel yang available time tu. Kempen 20 Okt tu diadakan di Pej Agama Kepala Batas, so petang tu kami pun pi la tengok -tengok jalan kat Kepala Batas. Mama ni nama je slalu balik utara tapi kepala batas penang tu tak penah la singgah. Setelah berpusing-pusing kat bandar kepala batas yang tak sebesar mana tu, at last kami jumpa jugak la Pejabat Agama Kepala Batas, SP Utara yang ditetapkan untuk kempen keesokan harinye.

Dah selesai tengok -tengok jalan, kami pun pi Juru nak makan mi udang paling sedap kat penang tu... kat warung paksu tu selain udang , ketam jugak disediakan.. apa lagi kepuasan yang tak terhingga... tapi gambar x sempat nak ambik la... lapar sangat..









20 okt 2009 - Selesai je kempen tu, kami pun dijamu la makan tghari kat sana. oleh kerana nak ambik ati MKN, kami pun join la mkn tghari tu, sebenaqnya nak pi makan ikan bakaq kat warung ikan bakaq pak din. Selesai menjamu selera, kami pun singgah jugak kat warung pakdin kepala batas tu, depa habaq rugi kalu tak pi sana.... kiranya sapa-sapa mai kepala batas, mesti pi la warung ikan bakaq tu... pi jalan-jalan cari makan...



































Friday, September 18, 2009

Aysar demam

Dalam keletihan menghabiskan ujung-ujung Ramadhan ni, tetiba si aysar pulak demam. Takde batuk takde selsema tetiba badan panas je. So mama pun terpaksa la ambik cuti jaga anak yang demam. Kesian dia... makan taknak, minum susu pun taknak... sampai muntah-muntah... Lepas pegi klinik dokter kata demam dia tak teruk sangat, tak melebihi 38 darjah celcius... kena banyak minum air masak... ye lah time bulan posa ni bile bukak pose kita minum ais, dia pun pulun jugak macam la dia tu pose...

Siannn baby mama ni... demam sebelum raye...

Tuesday, September 15, 2009

Projek Kuih Raya Sambungan

Resepi : Chocolate chip cookies

Sebagai menambahkan menu cookies hari ini ditambah satu lagi biskut raye iaitu biskut coklat cip - biskut wajib setiap tahun. Actually target tahun ni tak nak buat banyak jenis sangat... tapi... kalau tak buat kuih... macam tak de feel nak raye... tu yg akak pulun buat jugak tu... Dengan sokongan moral suami... tu yang bersemangat buat kuih...


biskut coklat cip


Thursday, September 10, 2009

Projek Kuih Raya

Date : 1- 6 September 2009
Lokasi : Dapur rumah sendiri

Salam kawan-kawan... dah sekian lama tak update blog ni... jenguk pun tidak...macam la bz benor... minggu lepas merupakan minggu yg terpenat sekali dalam sejarah buat kuih raya... ni nak tunjuk la kuih tart gulung dan sarang semut yang dah buat last week... ada jugak buat biskut cornflakes tapi terlupa nak snap gambonye.. tapi sume dah sold out... kuih raye yang sendiri punya lom start lagi...

tart gulung

Sambil-sambil tu buat jugak biskut sarang semut... yang mana merupakan salah satu dari favourite i...
biskut sarang semut ... tapi dah sold out

Anak-anak dan suami sume datang membantu buat kuih raye ni.. ye la kan takde bibik skang ni... sendiri bos sendiri kuli la... Si Afiq tu punya excited makan sarang semut sampai tak sempat nak simpan untuk raye... next week kena la mula buat kuih lagi ni... Kepada kawan-kawan yang nak rasa kuih tu jemputla datang umah ye...

Saturday, August 22, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat Menyambut bulan Ramadhan buat semua yang beragama Islam... semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumya....

RAMADAN datang lagi dengan 1,001 rahmat dan pahala kepada umat Islam. Selain berlapar dan dahaga sepanjang hari, Nabi Muhammad SAW juga menganjurkan umatNya mengerjakan solat tarawih setiap malam.

Menurut Abu Hurairah r a, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Barang siapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan diampuni Allah dosanya yang lalu”.

“Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’” (HR. Muslim no. 1151)