BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 25, 2009

Happy Birthday Afiq

Date : 25 Jun 2009
Location : Tadika Dunia Elit

Birthday Afiq yang ke-6 disambut di Tadika Dunit Elit bersama kawan-kawannya. Mama dah belikan kek gambar ben 10 kat Afiq. Dia pun tak sangka la mama pun join jugak celebrate besday dia kat taska. Selama ni mama mmg x penah join pun besday anak-anak mama kat taska.. slalu tu celebrate kat umah je.. dah tarikhnya jatuh hujung minggu, takkan nak pi taska kot...kat umah je la...

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

Selamat menyambut Hari Bapa istimewa untuk suamiku, abah dan kawan-kawan yang dah jadi bapa. Semoga anda semua akan terus menjadi bapa yang baik dan idola kepada anak-anak. Moga hidup akan lebih diberkati...amin.

Anak-anak mama dah belikan kek untuk papa. Bukan main lagi semangat depa ni nak celebrate father's day. Mama jugak la yg kena pi layan depa ni...


Kek untuk papa dari Akmal, Afiq dan Aysar

Sumber : Harian Metro
Kasih bapa kepada anak melebihi segalanya. Jasanya tidak terhitung, cuma semua itu sukar dimengertikan si anak, sehinggalah suatu hari kelak giliran anak pula bergelar bapa.

Islam meletakkan bapa pada kedudukan yang tinggi dan menjadi kewajipan setiap anak memuliakan bapa, mentaati dan menghormatinya, berbuat baik dan berkata dengan sopan.

“Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia.

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: ‘Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.’” (Surah al-Isra': 23-24)

Teks al-Quran itu mengajar manusia melayani orang tua. Tetapi sejauh mana ketaatan itu? Apakah pula yang dikatakan kebajikan terhadap orang tua?

Menurut Imam al-Ghazali, kebanyakan ulama berpendapat, ketaatan kepada orang tua wajib dalam hal meragukan dan tidak wajib dalam hal yang jelas haram kerana meninggalkan sesuatu meragukan adalah warak (berhati-hati), sedangkan keredaan orang tua adalah wajib.

Berbakti kepada orang tua tidak hanya kepada bapa atau ibu yang Muslim.

Walaupun kedua-duanya kafir, anak harus berbuat baik kepada mereka dan termasuk berbuat baik dan tidak berjihad kecuali dengan izin mereka.

Dalam hadis sahih diriwayatkan daripada Abdullah ibn Amru, dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w meminta izin kepadanya untuk berjihad.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apakah ayahmu masih hidup?” Orang itu menjawab: “Ya.” Nabi bersabda: “Berjihadlah bagi kedua orang tua.” (Hadis riwayat Muslim)

Melalui hadis lain disebutkan orang itu menjawab: “Ya, kutinggalkan mereka menangis.” Nabi berkata: “Pergilah, buatlah mereka tertawa, sebagaimana engkau membuat mereka menangis.”

Jangan sesekali membuatkan bapa menitiskan air mata. Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a, dia berkata, bersabda Rasulullah bermaksud: “Tangis kedua orang tua termasuk penderhakaan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Menurut al-Qurtubi, termasuk kesempurnaan dalam berbakti kepada kedua orang tua ialah menjalin hubungan baik dengan orang yang mereka cintai.

Diriwayatkan dari Muaz ibn Jabal r.a, Rasulullah bersabda, ertinya: “Sesiapa berbakti kepada kedua orang tuanya, beruntunglah dia dan Allah menambah umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya'la, Tabrani dan al-Hakim)

Bagi anak yang sudah ketiadaan bapa, masih boleh berbakti kepadanya.

Diriwayatkan Abu Usaid, seorang Badwi, dia berkata: “Aku sedang duduk bersama Nabi s.a.w, kemudian datang kepadanya seorang lelaki Ansar.

Dia berkata: “Wahai Rasulullah, apakah aku masih boleh berbakti kepada ayahku sesudah dia meninggal?”

Baginda menjawab yang bermaksud: “Ya, mendoakan rahmat bagi keduanya, memohonkan ampun bagi keduanya, melaksanakan wasiat mereka, menghormati teman mereka, menjalin hubungan dengan kerabat daripada pihak mereka berdua. Inilah yang masih boleh engkau lakukan.”

Sebagai anak, tutur kata dengan bapa sewajarnya sopan dan beradab, tidak mengguriskan hati, malah melayaninya dengan penuh keikhlasan, hormat dan rendah diri.

Diriwayatkan dari Aisyah r.a, dia berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi bersama seorang tua.

Nabi bertanya: “Siapakah yang bersamamu?” Orang itu menjawab: “Ayahku.” Baginda bersabda: “Jangan berjalan di depannya dan jangan duduk sebelum dia, jangan memanggilnya dengan namanya dan jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain memakinya.” (Hadis riwayat Tabrani)

Menurut Atha’, perkataan lemah-lembut seperti “wahai ayah, wahai ibu” tanpa menyebut namanya.

Ibnul Baddaah at-Tujaibi berkata: “Aku berkata kepada Said Ibnu Masayyab, semua yang ada dalam al-Quran mengenai berbakti kepada kedua ibu bapa sudahku ketahui, kecuali firman-Nya bermaksud: “Dan berkatalah kepada keduanya dengan perkataan yang mulia.” Apakah perkataan yang mulia itu?”

Ibnu Masayyab berkata: “Ia adalah perkataan hamba yang berdosa kepada tuan yang bengis dan keras.”

Begitulah kiasan dalam hubungan interaksi antara anak dan bapa. Tetapi kini ada anak sewenang-wenangnya menengking bapa, memaki hamun, malah sampai menghumbankan bapa ke penjara dan mencederakannya.

Bongkaknya, seperti sudah lupa asal usul.

Ibnu Abbas berkata, Nabi bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membuat reda kedua orang tuanya di waktu pagi dan petang, dia pun mendapat dua pintu syurga yang terbuka dan jika seorang, satu pintu. Sesiapa di waktu petang dan pagi membuat marah kedua orang tuanya, dia mendapat dua pintu neraka yang terbuka, jika seorang, satu pintu.”

Tetapi bagi si anak pantang melihat bapa melakukan perkara bertentangan.

Bapa, walaupun kerap kali berdepan dengan anak bermasalah, tetap bersabar dan menutup aib sehinggalah dia dapat melihat anaknya menjadi orang berguna.

Malah, anak selalu berkira soal makan minum dengan bapanya. Sudahlah wang jarang dikirim, bertanya khabar jauh sekali. Beberapa kali diberi, sudah mula mengungkit itu dan ini.

Satu kisah terjadi pada zaman nabi. Diriwayatkan dengan Isnad bersambung dari Jabir ibn Abdillah r.a, dia berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ayahku mengambil hartaku.”

Kemudian Jibril turun kepada Nabi dan berkata: “Allah Azza wajalla menyampaikan salam kepadamu dan berkata kepadamu: “Apabila orang tua itu datang kepadamu, tanyailah dia mengenai sesuatu yang dikatakannya dalam dirinya dan hanya didengar kedua-dua telinganya.”

Ketika orang itu datang, Nabi berkata: “Mengapa puteramu mengeluhkan kamu? Apakah engkau ingin mengambil hartanya?”

Orang tua itu berkata: “Tanyailah dia, ya Rasulullah, apakah aku membelanjakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku?”

Rasulullah berkata: “Janganlah ceritakan hal ini kepada kami. Beritahulah aku mengenai sesuatu yang engkau ucapkan di dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu.”

Orang tua itu berkata: “Demi Allah, wahai Rasulullah, Allah Azza wajalla selalu menambah keyakinan kami kepadamu. Aku sudah mengucapkan sesuatu di dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku.”

Rasulullah berkata: “Katakanlah supaya saya mendengarnya.”

Orang itu berkata: “Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan kubiayai engkau di kala dewasa. Engkau minum daripada rezeki yang aku berikan padamu.

“Bila engkau sakit pada waktu malam aku tidak tidur dan gelisah semalaman suntuk kerana penyakitmu, seakan akulah yang terkena bukannya engkau dengan penyakit yang menimpa orang lain sehingga aku menangis.

“Diriku takut engkau binasa, supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.

“Apabila engkau jadi besar dan mencapai akhir umur, aku pun tidak mengharapkanmu, engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.

“Kiranya bila engkau tidak memelihara hak aku sebagai bapa, engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan. Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku, dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu.”

Ketika itu, Nabi memegang leher baju putera orang itu dan berkata: “Engkau dan hartamu milik ayahmu.”

Thursday, June 18, 2009

Chocolate chip muffin

Date : 18 Jun 2009

Just want to share menu petang tadi, muffin berperisa coklat cip. Oleh kerana muffin ni dah banyak kali dibuat dan banyak permintaan dari anak-anak.. mama pun buat la... dalam 30-35 mini cup. Anak-anak mama memang suka sangat muffin ni. Resepinya sangat mudah, gunakan tepung muffin yang dah siap dicampurkan coklat cip di dalamnya. Sukat telur, air dan minyak jagung seperti yang diarahkan di luar pek tepung. Campurkan dan pukul semuanya, masukkan dalam mini cup, bakar selama 20 minit... dah siap untuk dimakan...

Wednesday, June 17, 2009

7 tahun huni rumah tanpa CF

Date: 16 Jun 2009

Sumber : Berita Harian

Inilah latest news mengenai taman yang kami duduki sejak tahun 2002 lagi. Tak dapat-dapat CFnye... kesian tengok penghulu dok turun naik MPSJ tu...

Sikap lewa pemaju menyebabkan kebajikan Penduduk Lestari Perdana terabai

SERI KEMBANGAN: Bagai hidup di hujung tanduk. Inilah yang dirasai penduduk di Lestari Perdana, di sini yang menduduki kediaman mereka sejak 2002 kerana masih tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) berikutan sikap sambil lewa pemaju yang tidak menyempurnakan infrastruktur hingga menghalang pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan CF.

Kebimbangan itu disuarakan Persatuan Penduduk Lestari Perdana (LP) 8, yang mewakili kira-kira 10,000 penduduk kawasan terbabit daripada LP 1 hingga 8 selain penghuni di taman berhampiran kerana mereka berdepan pelbagai risiko tanpa CF.

Sudah acap kali persatuan naik turun tangga pejabat pemaju dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencari penyelesaian namun hingga kini masing-masing seakan bermain tarik tali seterusnya membiarkan penduduk terkapai-kapai sendiri.

Pengerusi Persatuan Penduduk LP8, Mohd Afizudin Said, berkata sewajarnya pihak berkaitan mengambil kira keselamatan penduduk kerana tanpa CF, kebajikan penghuni tidak akan dilindungi sekiranya ditimpa kebakaran atau kemalangan.

Beliau berkata, mereka hanya menuntut hak selepas menanti lebih tujuh tahun malah difahamkan kira-kira 2,550 unit premis yang terdiri daripada pelbagai jenis kediaman termasuk rumah kedai, kondominium dan pangsapuri di Lestari Perdana masih tidak mendapat CF selain statusnya masih tidak diketahui.

“Jika setahun dua kita masih boleh bersabar, takkan kami perlu menunggu 10 tahun lagi untuk menuntut pemaju menyediakan jalan raya, sistem perparitan dan jalan sempurna atau pemaju sengaja melewat-lewatkan masa supaya selepas kontrak jual beli tamat mereka boleh lepas tangan?

“Kami tidak mahu lagi peristiwa dua tahun lalu berulang membabitkan kematian penduduk kerana motosikal yang ditunggang terlanggar lubang disebabkan jalan berlopak tetapi keluarga mangsa tidak boleh menuntut insurans dengan alasan tiada CF,” katanya pada sidang media, baru-baru ini.

Tinjauan Berita Harian mendapati, kegusaran penduduk ada kebenarannya apabila sepanjang jalan menuju ke Lestari Perdana dari arah Taman Puncak Jalil, pengguna berdepan jalan berlubang yang jelas kelihatan hanya diturap ala kadar.

Keadaan jalan utama yang tidak rata selain kekurangan papan tanda penunjuk arah serta di beberapa persimpangan menyukarkan pengguna terutama mereka yang baru pertama kali ke perumahan baru yang terletak kira-kira lima kilometer dari Putrajaya itu.

Jika pengguna menuju ke taman terbabit dari arah Putrajaya pula, situasi jalan serba daif turut dihadapi malah di sebelah kanan jalan iaitu LP 1 jelas kelihatan projek terbengkalai membabitkan lot banglo kendalian pemaju sama.

Difahamkan, berhadapan LP 5 sering berlaku banjir kilat apabila hujan lebat melebihi dua jam berikutan sistem perparitan tidak diselenggara dengan sempurna malah lebih menjijikkan air kumbahan turut melimpah keluar membanjiri jalan berkenaan.

Sementara itu, penduduk LP 6, Azahar Shabudin, 45, berkata penduduk tidak mahu isu yang timbul diambil mudah mana-mana pihak malah berharap biarlah prasarana dilengkapkan dulu sebelum mengeluarkan CF bukan dengan cara melepas batik di tangga.

“Bertahun kami menunggu untuk mendapatkan CF, justeru kami ingin mengingatkan pihak terbabit tidak mengambil mudah dengan mengeluarkan CF semata-mata mahu memuaskan hati penduduk sedangkan infrastrukturnya sangat menyedihkan seperti berlaku di kejiranan kami di Lestari Putra (LEP),” katanya.

Tuesday, June 16, 2009

Perjalanan ke Sg Koyan

Date : 14 Jun 2009

Kami sekeluarga pegi kenduri pak anjang belah mama di Sg Koyan 3, sepupu mama yang kawin. On the way melalui karak highway tu nampaknya jerebu pun dah makin berkurangan... bleh la nampak awan-awan... sepanjang jalan tu..


sebelum sampai bandar Raub, mestila lalu bandar Bentong kan... dulu maummy and daddy mama dok kat bentong.. skang ni depa dan pindah Sg Petani, tinggal la bentong dalam kenangan..
Gambaq-gambaq kenduri takdan nak ambik pun.. dok kalut dengan tiga-tiga hero ni.. Gambaq kerusi ja la yang dan ambik... huhuhu

Saturday, June 13, 2009

Berkelah di Air Papan

Date : 7 Jun 2009
Location : Air Papan, Mersing

Setelah menikmati makan tengahari kat majlis perkahwinan Ann, kami sekeluarga pun bertolak ke Mersing. Anak-anak mama tak pernah sampai Mersing so kami pun decide nak bermalam di Mersing. Kami sampai di mersing lebih kurang jam 5.30 petang. Sampainya kami di pantai Air Papan tu semua chalet dah penuh so kami pun bermalam je la kat hotel sebelah sungai tu. Esok pagi tu lepas breakfast kami pun bermandi manda di Air Papan Mersing.


anak-anak mama bersuka ria di pantai Air Papan Mersing



Tuesday, June 9, 2009

Selamat Pengantin Baru Ann

Tarikh : 6 Jun 2009
Lokasi: Rumah Ann di JB

Hari Sabtu lepas kami sekeluarga pergi ke kenduri kawin Ann di Johor Bahru.. saja nak bawak anak-anak pi JB. Meriah sungguh majlis perkahwinan Ann. Cantik dan berseri sungguh Ann haritu... maklumla raja sehari... kami pun sama-sama memeriahkan majlis Ann tu... tapi tak banyak gambar dapat ambik... ramai sangat cameraman .... ala-ala celebriti gituuu

Ann sedang digubah tudungnya oleh jurumekap yang diimport khas dari JMM

Ann sedang mengenakan brooch yang baru dibelinya....

senyuman ceria dari Ann....

kemeriahan di majlis perkahwinan Ann & Wan...
semoga berbahagia dalam melayari bahtera rumahtangga


Saturday, June 6, 2009

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SKBJ

Dah lama dah gambar ni diambik tapi baru terjumpa kat mana letaknya.. kenangan Akmal dapat hadiah sempena pencapaian akademiknya masa tahun 3 last year.. Budak-budak sekarang sekolah tadika / rendah dah ada jubah... macam-macam design...dulu kami kena tunggu grad la baru merasa pakai jubah tu... apa-apa seronok la tengok anak mama ni dapat hadiah...

Thursday, June 4, 2009

MENZIARAHI DINASOUR DI MIDVALLEY

Dah lama dah pi melawat dinasour ni lupa nak upload ....

Date : 17 Mei 2009
Lokasi : Hall 3 Midvalley

Akmal dan Afiq dibawa oleh maktih dah makciknye melawat dinasour seperti yang telah dijanjikan oleh makciknye sejak sekian lama... depa pi awal-awal pagi... pintu depan midvalley tak bukak lagi depa dah sampai...

Bergambar bersama makciknye...

Maktih dan AfiqMakcik Akmal dan Afiq yang beriya nak melawat dinasour tu... hehehe