BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 17, 2009

7 tahun huni rumah tanpa CF

Date: 16 Jun 2009

Sumber : Berita Harian

Inilah latest news mengenai taman yang kami duduki sejak tahun 2002 lagi. Tak dapat-dapat CFnye... kesian tengok penghulu dok turun naik MPSJ tu...

Sikap lewa pemaju menyebabkan kebajikan Penduduk Lestari Perdana terabai

SERI KEMBANGAN: Bagai hidup di hujung tanduk. Inilah yang dirasai penduduk di Lestari Perdana, di sini yang menduduki kediaman mereka sejak 2002 kerana masih tidak mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) berikutan sikap sambil lewa pemaju yang tidak menyempurnakan infrastruktur hingga menghalang pihak berkuasa tempatan (PBT) mengeluarkan CF.

Kebimbangan itu disuarakan Persatuan Penduduk Lestari Perdana (LP) 8, yang mewakili kira-kira 10,000 penduduk kawasan terbabit daripada LP 1 hingga 8 selain penghuni di taman berhampiran kerana mereka berdepan pelbagai risiko tanpa CF.

Sudah acap kali persatuan naik turun tangga pejabat pemaju dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mencari penyelesaian namun hingga kini masing-masing seakan bermain tarik tali seterusnya membiarkan penduduk terkapai-kapai sendiri.

Pengerusi Persatuan Penduduk LP8, Mohd Afizudin Said, berkata sewajarnya pihak berkaitan mengambil kira keselamatan penduduk kerana tanpa CF, kebajikan penghuni tidak akan dilindungi sekiranya ditimpa kebakaran atau kemalangan.

Beliau berkata, mereka hanya menuntut hak selepas menanti lebih tujuh tahun malah difahamkan kira-kira 2,550 unit premis yang terdiri daripada pelbagai jenis kediaman termasuk rumah kedai, kondominium dan pangsapuri di Lestari Perdana masih tidak mendapat CF selain statusnya masih tidak diketahui.

“Jika setahun dua kita masih boleh bersabar, takkan kami perlu menunggu 10 tahun lagi untuk menuntut pemaju menyediakan jalan raya, sistem perparitan dan jalan sempurna atau pemaju sengaja melewat-lewatkan masa supaya selepas kontrak jual beli tamat mereka boleh lepas tangan?

“Kami tidak mahu lagi peristiwa dua tahun lalu berulang membabitkan kematian penduduk kerana motosikal yang ditunggang terlanggar lubang disebabkan jalan berlopak tetapi keluarga mangsa tidak boleh menuntut insurans dengan alasan tiada CF,” katanya pada sidang media, baru-baru ini.

Tinjauan Berita Harian mendapati, kegusaran penduduk ada kebenarannya apabila sepanjang jalan menuju ke Lestari Perdana dari arah Taman Puncak Jalil, pengguna berdepan jalan berlubang yang jelas kelihatan hanya diturap ala kadar.

Keadaan jalan utama yang tidak rata selain kekurangan papan tanda penunjuk arah serta di beberapa persimpangan menyukarkan pengguna terutama mereka yang baru pertama kali ke perumahan baru yang terletak kira-kira lima kilometer dari Putrajaya itu.

Jika pengguna menuju ke taman terbabit dari arah Putrajaya pula, situasi jalan serba daif turut dihadapi malah di sebelah kanan jalan iaitu LP 1 jelas kelihatan projek terbengkalai membabitkan lot banglo kendalian pemaju sama.

Difahamkan, berhadapan LP 5 sering berlaku banjir kilat apabila hujan lebat melebihi dua jam berikutan sistem perparitan tidak diselenggara dengan sempurna malah lebih menjijikkan air kumbahan turut melimpah keluar membanjiri jalan berkenaan.

Sementara itu, penduduk LP 6, Azahar Shabudin, 45, berkata penduduk tidak mahu isu yang timbul diambil mudah mana-mana pihak malah berharap biarlah prasarana dilengkapkan dulu sebelum mengeluarkan CF bukan dengan cara melepas batik di tangga.

“Bertahun kami menunggu untuk mendapatkan CF, justeru kami ingin mengingatkan pihak terbabit tidak mengambil mudah dengan mengeluarkan CF semata-mata mahu memuaskan hati penduduk sedangkan infrastrukturnya sangat menyedihkan seperti berlaku di kejiranan kami di Lestari Putra (LEP),” katanya.

1 comments:

MIZZOU said...

apa lagi....saman la pemaju!!! Dapat duit pampasan, boleh la repair rumah...hahaha